Jangan lupa saksikan drama terbaru Kami Budak Band yang akan menemui penonton mulai 18 Februari 2023, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau secara online di watch.tonton.com.my
Drama yang bakal bersiaran ini akan menggantikan I Love You Mr. Clown yang telah tamat siaran dengan episod akhir pada 17 Februari yang lalu.
Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 18 Februari 2023 (Rabu – Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama bersiri Kami Budak Band ini seperti Ezzrin Loy, Kucaimarz, Ariff Bahran, Didi Astillah, Qistina Khaled, Bella Dowanna, Putri Syahadah Nurjannah, Hasnul Rahmat, Cat Farish dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Ezzrin Loy sebagai Aiman
- Kucaimarz sebagai Hakim
- Ariff Bahran sebagai Rizal
- Putri Syahadah Nurjannah sebagai Amy
- Qistina Khaled sebagai Rita
- Didi Astillah sebagai Nina
Sinopsis Drama Kami Budak Band
Drama Kami Budak Band mengisahkan tentang 3 sahabat iaitu Aiman, Rezal dan Haqiem tinggal di sebuah flat mempunyai minat yang sama iaitu bermain muzik tetapi ada halangan. Aiman dan Rezal berpakat membawa diri ke Kuala Lumpur untuk bermain muzik.



