Hujung minggu anda kini tidak lagi bosan apabila drama Kalau Dah Berbini akan mula disiarkan pada 16 April 2021 di Astro Warna.
Sebuah drama romantik komedi arahan Rehal Nuharis dan Farizullah Othman ini menampilkan barisan pelakon lama dan baru antaranya Joey Daud, Ozlynn, Syamel, Ernie Zakri, Kamarool Hj Yusoff dan ramai lagi
BACA : Saksikan Drama Potong Di Astro Warna
Episod : 13
Tayangan : Astro Warna
Pengarah : Rehal Nuharis dan Farizullah Othman
Skrip : Rehal Nuharis
Penerbit : Rehal Nuharis dan Farizullah Othman
Produksi : Dear Creative Media Sdn. Bhd.
- Joey Daud sebagai ZAMIR
- Ozlynn Wati Ismail sebagai MARIA
- Syamel sebagai WAIZ
- Ernie Zakri sebagai SITI
- Kamarool HJ Yusoff sebagai ABANG YOB
- Nur Hamira sebagai WAWA
- Usop sebagai DANIEL
- Dottie sebagai KUNTUM


OST Drama
Lagu : Pencinta Setiamu
Komposer : Argo, Sharul Kamal dan Daus SRK
Lirik : Aepul Roza
Artis : Usop
Sinopsis Drama Kalau Dah Berbini
Drama Kalau Dah Berbini merupakan satu siri komedi mengenai sekumpulan suami dengan latar belakang dan masalah perkahwinan berbeza. Si suami masing-masing takut akan bini mereka. Maka terjadilah pelbagai adegan dan karena lucu antara pasangan masing-masing.
Mereka bersama-sama mengharungi cabaran berkahwin dengan pertolongan antara satu sama lain. Apakah kesudahan bagi setiap pasangan ini? Tonton di Astro Warna.
Waktu Tayangan
Drama Kalau Dah Berbini akan bersiaran bermula 16 April ini, setiap Jumaat, jam 11 malam hanya di Astro Warna HD saluran 107. Anda juga boleh strim secara On Demand atau menerusi Astro Go yang boleh dimuat-turun melalui Play Store atau App Store.