Jangan lupa saksikan drama Jodohku Babysitter yang akan menemui penonton bermula 6 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Megadrama di Astro Ria 104 atau boleh tonton secara online di Astro Go.
Drama yang bakal menggantikan Setelah Terlafaznya Akad 2 ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Jodohku Babysitter’ karya Nureen Ahmad.
Episod : 20
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Tarikh : Mulai 6 Julai 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Panel Kotak Cerita
Pengarah : Hadith Omar
Penerbit : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman, Natasha Nazira dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aliff Aziz sebagai Adam Farhan
- Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa
- Yuna Rahim sebagai Atiqah
- Ellyas Abdullah sebagai Amri
- Natasha Nazira sebagai Airisya
- Isaac Iman sebagai Adib
Sinopsis Drama Jodohku Babysitter
Drama Jodohku Babysitter mengisahkan tentang Kisah Adam Farhan iaitu seorang duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.
Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya.