Petang Jumaat anda kini akan disajikan dengan sebuah drama terbaru berjudul Jiwa Wanita yang akan mula bersiaran pada 25 Mac 2022 di saluran TV9 untuk tontonan ramai.
BACA : Senarai Drama TV Melayu Sepanjang Tahun 2022
Sebuah drama arahan Eyra Rahman dengan terbitan Global Station Sdn. Bhd. bakal menampilkan pelakon seperti Ryza Jaafar, Zeera Azizi, Zarina, Sherry Ibrahim dan ramai lagi
Tayangan : TV9
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Sharifah Faniza
Penerbit : Dato’ Zaiton Muhd Jiwa
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Ryzal Jaafar, Rita Nadira, Zeera Azizi, Zarina Zainuddin, Sherry Ibrahim, Farez Ridzwan, Sharifah Shahora, Sophia Liana, Sabrina Ali, Shakilla Khoriri, Amar Asyraf dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Jiwa Wanita
Dram Jiwa Wanita bakal memaparkan kisah suka duka insan bergelar wanita yang berkisarkan daripada kisah sebenar. Ianya juga mengangkat permasalah dan pergolakan hidup dalam hati insan bergelar isteri, ibu dan wanita dalam masyarakat.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Jiwa Wanita yang akan bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 7.30 malam di saluran TV9 mulai 25 Mac ini. Selain itu, anda boleh saksikan secara online di Tonton.