- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Jesnita yang akan menemui penonton mulai 7 November 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima atau secara online di Astro Go.

Drama yang bakal menggantikan Takdir Cinta Dhia ini merupakan idea asal dan akan diadaptasi kepada novel kelak.

Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara di Astro Prima 105
Tarikh : Mulai 7 November 2022 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufiq, Sidek Ariff, Irwan Mansor & Nurul Hazrina
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Tonton Episod Seterusnya

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Maccrone, Fikry Ibrahim, Nasha Aziz, Nina Smith, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan, Fatiya Latiff, Ani Maiyuni, Mak Jah, Fiza Thomas dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Intan Najuwa sebagai Jesnita
  • Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  • Malek Maccrone sebagai Zaid
  • Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  • Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  • Nina Smith sebagai Dayana
  • Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  • Rozita Che Wan sebagai Rosemila
  • Fatiya Latiff sebagai Aurora

Sinopsis Drama Jesnita

Drama Jesnita mengisahkan tentang Jesnita yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid.

Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita meminta cerai daripada suaminya dan beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid.

Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita apabila sebenarnya dia adalah isteri kedua yang mana isteri pertama Rafael ialah Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here