- advertisement -

Menyusuli Sepi Itu Pasti, sebuah lagi drama islamik untuk tontonan ramai berjudul Janji Pada Hati akan mengisi slot Qalbu bermula 7 Februari 2022, yang akan disiarkan di siaran TV Alhijrah.

Drama ini merupakan terbitan MDAG Marketing Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh Sham Jr. dengan gandingan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos serta pelakon-pelakon lain.

Episod : 13
Tayangan : Slot Qalbu di TV Alhijrah
Pengarah : Sham Jr.
Produksi : MDAG Marketing Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Raysa Sofea, Hazwani Helmi, Liyana Yusof, Ady Adnan, Puteri Rayyana dan ramai lagi

janji pada hati

Sinopsis Drama Janji Pada Hati

Janji Pada Hati berkisah tentang seorang wanita bernama Dahlia yang amat tabah dalam memelihara rukun kebahagiaan di dalam rumahtangganya.

- advertisement -

Dahlia adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang amat menyayangi anak tunggalnya Aina. Walau luaran kelihatan bahagia, namun Dahlia sering kali merasakan dirinya terkurung. Tidak seperti suaminya Ezani yang bekerjaya serta senantiasa sibuk dengan kariernya.

Rasa kelompongan yang ada di dalam hati Dahlia tambah buruk apabila dia mengetahui Maira, kekasih lama Ezani akan memulakan kerjasama dengan suaminya di tempat kerja. Maira akan menjadi peguam kepada syarikat Ezani.

Disebabkan itu, Dahlia berpakat dengan Laila, rakan sepejabat Ezani untuk mengintipnya di tempat kerja. Bukan itu sahaja, Laila turut memberi amaran kepada Maira agar menjauhi Ezani kerana dia sudah berkeluarga. Laila turut menasihatkan Ezani agar tidak rapat dengan Maira demi Dahlia.

Sedikit sebanyak nasihat Laila meninggalkan kesan di dalam hati Ezani. Untuk menjernihkan keadaan, Ezani membuat kejutan dengan menghadiahkan jambangan buat Dahlia. Ezani berjanji untuk meluangkan lebih banyak masa dengan Aina, anak mereka.

Walau gembira, Dahlia masih rasa ragu-ragu. Perasaan curiganya bertambah teruk apabila mereka terserempak dengan Maira di pasaraya. Dahlia nampak reaksi Ezani yang terkedu melihat Maira. Bahasa tubuh mereka berdua meyakinkannya bahawa Ezani curang.

Konflik semakin tegang apabila Dahlia terjumpa penyata bank tempahan hotel dan pembelian barangan berjenama daripada kad kredit Ezani. Dahlia meminta kepastian dengan Laila berkenaan hal tersebut dan Laila mendakwa Ezani membelikan barangan tersebut untuk Maira.

Dahlia tekad untuk bersemuka dengan Maira di pejabatnya. Saat melihat kelibat Ezani dan Maira yang kelihatan mesra, hatinya hancur. Dia melulu pulang ke rumah. Malang tidak berbau, kereta yang dipandu Dahlia kemalangan.

Dahlia koma. Ezani mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang terlantar di hospital. Dia juga perlu menjaga Aina.

Takdir Allah Dahlia tersedar dari koma yang Panjang. Namun begitu, segalanya kelihatan amat mengelirukan.

Saat terjaga, Dahlia terkejut apabila terbau nasi goreng kegemarannya yang sering dimasak oleh arwah ibunya. Apabila ke dapur, dia melihat sosok tubuh ibunya Hajah Siti yang telah meninggal dunia.

Kehidupan Dahlia seperti berputar kembali ke zaman silam. Malahan jeritan ibunya agar dia lekas pergi ke kelas pengajian benar-benar membuatnya keliru. Dahlia terkejut kerana dia masih pelajar di universiti. Dia juga bukan isteri Ezani. Malah, Aina juga tidak pernah wujud sama sekali.

Apakah yang sebenarnya sedang terjadi? Adakah ini semua adalah khayalan Dahlia? Benarkah Dahlia pernah menjadi isteri Ezani?

  • janji pada hati
  • janji pada hati
  • janji pada hati

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Janji Pada Hati bermula 7 Februari 2022, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6.00 petang menerusi slot Qalbu di TV Alhijrah (Astro 114 dan Myfreeview 114)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here