Sebuah drama televisyen tempatan 2021 bertajuk Jangan Ganggu Jodohku akan bersiaran bermula 29 November 2021 di slot Megadrama Astro Ria bagi menggantikan drama Jiwa Yang Kau Puja (The Hotel 2).
Drama romantik komedi ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Jangan Ganggu Jodohku’ karya Umie Nadzimah terbitan tahun 2018. Kini diangkat ke kaca tv untuk tontonan ramai.
Jumlah Episod : 24
Pengarah : Jamal Khan
Penerbit : Jaspal S. Korotana
Produksi : OrangeTree Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Norreen Iman, Amerul Affendi, Salina Saibi, Sabhi Saddi, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.
- Shaza Bae sebagai Aliza
- Yusuf Bahrin sebagai Dr. Imran
- Norreen Iman sebagai Shahida
- Amerul Affendi sebagai Jin Abu
- Salina Saibi sebagai Saka Makcik Lempeng
- Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
- Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha


OST Drama
Lagu : Butakah Cinta
Penyanyi : Spring
Lirik : Habsah Hassan/ Saari Jusoh / Saari Amri
Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku
Drama Jangan Ganggu Jodohku mengisahkan hidup Aliza dan Dr. Imran. Aliza yang telah menerima sumpahan yang menyebabkan dia susah untuk bertemu jodoh sekali tidak mewarisi saka dari nenek saudaranya.
Disebabkan itu juga, Aliza mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Pada satu hari, Aliza telah jatuh cinta dengan Dr. Imran, tetapi ianya tidak disukai oleh jin Abu
Dr. Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, serta riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak.
Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun segalanya berubah setelah dia berubah dan mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu.
Waktu Tayangan
Saksikan drama Jangan Ganggu Jodohku setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria (CH 104) bermula 29 November ini. Selain itu, boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go.