Jangan lupa saksikan drama siri Viu Original Ijab Kabut yang akan menemui penonton bermula 13 Oktober 2022, setiap hari Khamis dengan tayangan 2 episod setiap minggu hanya platform penstriman Viu.
Episod : 10
Tayangan : Platform penstriman Viu
Tarikh : Mulai 13 Oktober 2022 (Setiap Khamis 2 Episod)
Penulis Skrip : Nadia Khan, Azhar Amirulhisyam, Syarul Akmal Qawiem Hamizan dan Baizura Kahar
Pengarah : Faliq Sharif
Produksi : Jazzy Pictures
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Azira Shafinaz, Iedil Putra, Fadlan Hazim, Ezzaty Abdullah, Sarancak,Hana Nadira, Dilla Ahmad, Fathi Sharife, Farisah Ku Sani, Taufiq Hanafi, Sobri Anuar dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Azira Shafinaz sebagai Deanna Masrin
- Iedil Putra sebagai Mat Baharudin
- Fadlan Hazim sebagai Khai Ja’far
- Ezzaty Abdullah sebagai Athira
- Sarancak sebagai Rozita
- Hana Nadira sebagai Noni
- Kodi Rasheed sebagai Saiful
Sinopsis Drama Ijab Kabut
Drama Ijab Kabut mengisahkan tentang perkahwinan dongeng Deanna yang didambakan serta-merta bertukar menjadi debu apabila tunangnya putuskan hubungan ditengah jalan di saat-saat akhir sebelum majlis pernikahan.
Walaupun begitu, Deanna tidak terus bersedih malah tetap terus bertahan untuk mencari cinta dan pengantin lelaki demi merialisasikan majlis perkahwinan yang diidamkan.
Kemudian muncul dua lelaki dalam hidupnya dan mereka juga bersedia untuk menggantikan cinta hati Deanna yang hilang sebelumnya. Maka terjadilah cinta tiga segi yang maan tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini.
Jadi dia bertanya-tanya dengan keadaan tersebut, adakah dia layak untuk mendapatkan sebuah perkahwinan yang sempurna seperti yang diidam-idamkan sebelum ini?



