Drama I Promise Janji Anaqi iaitu sebuah drama melayu tempatan terbaru untuk tahun 2021 akan menemui penonton bermula 6 Disember 2021 yang akan disiarkan melalui saluran Astro Ria yang bakal menggantikan drama Sihir.
Karya arahan Hadith Omar ini merupakan sebuah drama cinta yang penuh dengan konflik ini adalah berdasarkan atau adaptasi novel bertajuk ‘I Promise’ karya Acik Lana yang telah diterbitkan pada tahun 2019.
Pengarah : Hadith Omar
Skrip : Nazri M Annuar dan Ammar Amir
Penerbit : Michael Ang
Produksi : Juita Viden
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Ferqisha, Alicia Amin, Isaac Iman dan ramai lagi
- Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi
- Emma Maembong sebagai Hayla
- Talha Harith sebagai Zafran
- Dayana Roza sebagai Aisyah


Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.
Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda ‘tak berperasaan’, perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka ‘tuan’ yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!
Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.
Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu ‘tiket’ untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.
Waktu Bersiaran
Drama I Promise, Janji Anaqi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11.00 malam di Astro Ria 104. Selain itu untuk waktu yang lebih fleksible, anda boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go.