- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama I Love You Mr Clown yang akan menemui penonton mulai 27 Januari 2023, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 dan secara online di watch.tonton.com.my

Drama yang menampilkan gandingan terbaru Nabil Aqil dan Yuna Rahim ini bakal menggantikan drama sebelumnya iaitu Bawah Blok yang telah tamat pada 26 Januari lalu.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 27 Januari 2023 (Rabu – Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Jue Kassim dan Ramlah Rashid
Pengarah : Amir Maziah Abdul Rahman
Produksi : Arie Zaharie Production

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Nabil Aqil, Yuna Rahim, Safwan Nazri, Putri Hanan Shahidah, Ameerul Asyraf, Faizul Syaharin, Farisha Irwayu, Alif Hadi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Afifah Nasir dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Nabil Aqil sebagai Faris
  • Yuna Rahim sebagai Nisa
  • Safwan Nazri sebagai Adan
  • Ameerul Syaharin sebagai Khalid
  • Farisha Irwayu sebagai Rogayah

Sinopsis Drama I Love You Mr Clown

Drama ‘I Love You, Mr Clown’ mengisahkan tentang seorang gadis yang telah jatuh cinta dengan seorang badut (clown) yang telah berjaya menyelamatkannya sehingga dia membuat keputusan untuk mencari identiti lelaki yang bersembunyi disebalik topeng itu.

Kerana satu peristiwa yang berlaku cinta pada mulanya mekar kini dihalang. Mampukan wajah di sebalik seragam badut tersebut berjaya mencurinya hatinya?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here