Drama Hello Jangan Tapau Cintaku merupakan sebuah drama siri melayu Malaysia 2021 yang akan mula disiarkan pada 4 Ogos ini menerusi slot Lestary TV3 dan juga secara online di aplikasi iQIYI Malaysia.
Drama ini dimainkan di kaca tv bagi menggantikan drama Ayahanda sekali gus meneruskan lagi slot tayangan tersebut. Jadi penonton boleh terus nikmati santapan drama santai bersama keluarga di rumah.
Hello Jangan Tapau Cintaku merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Hasreeyati Ramli pada tahun 2020 terbitan Alaf21. Anda boleh dapatkan novel tersebut menerusi website alaf21.com atau di Shopee.


Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 & iQIYI Malaysia
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Norazwanizan Awan
Penerbit : Norley Aimi Nadiah Shaari
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd
Pelakon : Nafiz Muaz, Nur Elisya, Syeriniemyra, Eyka Farhana, Lisdawati, Ellie Suriaty, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Cahaya Nilam, Makwan, Badrul Muhayat, Meiza Edora, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi
- Nafiz Muaz sebagai Ash
- Nur Elisya sebagai Ain
- Syeriniemyra sebagai Alia
- Eyka Farhana sebagai Anne Dayana
- Lisdawati sebagai Mak Jah
- Ellie Suriaty sebagai Pak Long
- Amyza Aznan sebagai Mak Long
- Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
- Sefik Khair sebagai Hakim
- Cahaya Nilam sebagai Masniza
- Makwan sebagai Mak Ros
- Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren
- Meiza Edora sebagai Aira
- Ikhwan Khairudin sebagai Reez


Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku
Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Ain Dheya, yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia amat penjimat orangnya dan sifat yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau.
Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, sukat menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.
Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut.
Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad NANTI?
Waktu Siaran
Drama Hello Jangan Tapau Cintaku akan bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 bermula 4 Ogos ini.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi aplikasi iQIYI Malaysia atau di website www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 10 malam.