- advertisement -

Bermula minggu ini, Astro akan bawakan sebuah drama siri terbaru Malaysia tahun 2021 untuk tontonan ramai iaitu drama Hawa.

Drama hawa akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2021 mengisi slot Megadrama Astro Ria daripada drama sebelumnya, Cik Ayu Mee Sanggul.

- advertisement -

Drama arahan Tam Suhaimi ini merupakan karya asal daripada penulis skrip Baizura Kahar dan Tam Suhaimi sendiri dibawah produksi Infinitus Productions.

drama hawa

Episod : 9
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Pengarah : Tam Suhaimi
Skrip : Baizura Kahar & Tam Suhaimi
Produksi : Infinitus Productions Sdn. Bhd.
Pelakon : Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Bella Dowanna, Hamidah Wahab, Donna Muslim, Akmal Abdullah, Shah Faris, Yusri Saleh dan ramai lagi

  • Nadiya Nisaa sebagai Saadah
  • Ruzana Ibrahim sebagai Fauziah
  • Bella Dowanna sebagai Raudah
  • Hamidah Wahab sebagai Hajjah Imaan
  • Donna Muslim sebagai Musa
  • Akmal Abdullah sebagai Azizah
  • Shah Faris sebagai Naim
  • Yusri Saleh sebagai Haji Ali
240438608 120021280355486 1706555713931465419 n

Sinopsis Drama Hawa

Drama Hawa merupakan sebuah genre kekeluargaan yang mengisahkan kehidupan keluarga Along aka Hajjah Saadah.

Kehidupan Along menjadi huru-hara selepas suaminya, Haji Ali koma. Jadi pelbagai perkara yang perlu diuruskan Along sepanjang ketiadaan Haji Ali.

Keadaan bertambah rumit apabila munculnya isteri kedua Haji Ali. Ditambah pula dengan keluarga Hajjah Iman, Angah dan Acu pula mempunyai masalah mereka sendiri.

  • hawa astro ria
  • drama hawa

Waktu Siaran

Jangan terlepas untuk saksikan drama Hawa setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria saluran 104.

Selain itu, boleh juga strim secara online di Astro Go atau tonton secara On Demand serta menerusi platform penstriman Sooka.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here