Untuk peminat drama slot Tiara, Drama Hati Yang Dikhianati akan ditangguh tayangan atau tunda siaran. Maka selepas ini, tiada tayangan drama ini buat tempoh jangka masa yang akan diumumkan kemudian.
BACA : Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Berehat Sebentar Dan Digantikan Dengan Kebaya Kanvas
Kita sedia maklum, Kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘Total Lockdown’ bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021. Dalam tempoh ini, banyak sektor perniagaan dan perkhidmatan terpaksa ditutup termasuklah pengembaraan drama.
Siaran Drama Hati Yang Dikhianati Ditunda Ditunda
Melalui perkongsian pihak produksi di laman instagram, Global Station Sdn. Bhd. memberitahu, susulan pelaksanaan PKP 3.0, pihak Astro Prima dan team produksi mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama. Oleh itu siaran drama di tv juga terpaksa di tunda atau ditangguhkan buat seketika.
Namun begitu, untuk episod 39 dan 40 ianya tetap ditayangkan iaitu pada khamis dan jumaat ini (3 dan 4 Jun 2021). Ianya merupakan minggu terakhir bagi drama Hati Yang Dikhianati sebelum berehat pada minggu hadapan. Mereka akan maklumkan kemudian, bila ianya akan ditayang semula.
Sebagai ganti, bermula minggu hadapan pada 7 Jun, slot Tiara, drama Derita Untuk Bahagia akan bersiaran iaitu pada 6 petang.
Untuk info, drama Hati Yang Dikhianati telah ditayangkan di Astro Prima pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima. Sehingga hari ini, ianya telah ditayangkan sebanyak 38 episod dan akan diteruskan untuk episod 39 dan 40 sahaja sebelum berehat.
Drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Syamim Farid, Zamarul Hisham dan ramai lagi.