Kini drama Hati Yang Dikhianati akan penuhi slot Tiara di Astro Prima bermul 12 April 2021. Sebuah drama baru terbitan Astro yang menggantikan lebih 100 episod drama Angkara Cinta sebelum ini
BACA : Tonton Drama Angkara Cinta Melalui Slot Tiara Di Astro Prima
Drama Hati Yang Dikhianati merupakan sebuah drama adaptasi daripada siri popular Mis Tres Hermanes.
Drama ini juga sama seperti Angkara Cinta dimana ianya merupakan drama “Open Ended”. Ini bermakna tiada jumlah episod yang ditetapkan. Ianya semua bergantung kepada penerimaan penonton. Jika mendapat sambutan yang, ianya akan bersambung untuk lebih lama.
Tayangan : Slot Tiara Astro Prima
Pengarah : Riza Baharudin
Terbitan : Global Station Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon dan Watak
Antara pelakon yang membarisi drama Hati Yang Dikhianati ialah Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Syamim Farid, Zamarul Hisham, Malek Mccrone, Arena Iman, Mia Nasir, Shah Iskandar, Nabil Aqil, Adam Malek, Qistina Khaled, Azlan Mokhtar@Lan Siro dan ramai lagi
- Amar Baharin sebagai ZUHRI ELYAS
- Isyariana sebagai LISA
- Mona Allen sebagai MARIA
- Syamim Farid sebagai TYRA
- Zamarul Hisham sebagai ISKANDAR
Sinopsis Drama Hati Yang Dikhianati
Drama Hati Yang Dikhianati mengisahkan tiga adik-beradik perempuan yang dijaga oleh abang sulun mereka menjalani hidup yang penuh liku dan cabaran.
Kerana desakan hidup, Iskandar terpaksa menjaga kesemua adiknya yang kecil sehingga mereka dewasa. Lisa, yang kini seorang jururawat, mula tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat tersebut. Saksikan kesemua episod drama ini hanya di Astro Prima.
Waktu Tayangan
Drama Hati Yang Dikhianati akan mula ditayangkan pada 12 April ini setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang melalui slot Tiara di Astro Prima (CH125) dan Prima HD (CH105). Anda juga boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.
Drama Hati Yang Dikhianati kini bersambung semula bermula 22 Oktober 2021 untuk waktu yang sama jam 6 petang di saluran Astro Prima