Sekali lagi Astro bawakan sebuah drama Singapura untuk tontonan Malaysia bertajuk Hasrat Tersirat yang akan bersiaran bermula 10 September 2021 di Astro Prima.
Drama ini akan menghiasi slot Tiara bagi menggantikan drama Ali Alia sebelum ini yang meruntun emosi penonton yang mengisahkan tentang konflik kekeluargaan.
Episod : 20
Pengarah : Nasir Kamsan & Shannon Berkett
Konsep Asal & Skrip : Razi Salam
Terbitan : Mediacorp
Pelakon : Abdullah Ahmad, Azhar Norlesta, Rahimah Yusoff, Fir Rahman, Izzat Yusoff, Farhana M Noor, Fatin Amira, Shaquille Daniel, Joe Jasmi, Hashimah Hamidon dan ramai lagi.
- Abdullah Ahmad sebagai Hamzah
- Azhar Norlesta sebagai Ramli
- Rahimah Yusoff sebagai Aisyah
- Fir Rahman sebagai Danial
- Izzat Yusoff sebagai Najib
- Farhana M Noor sebagai Farah
- Fatin Amira sebagai Sharifah
- Shaquille Daniel sebagai Amri


Sinopsis Drama Hasrat Tersirat
Drama Hasrat Tersirat ini bermula apabila ketua keluarga, Hamzah, meninggal dunia, keluarganya mula berpecah-belah.
Isterinya, Aisyah, menghadapi masalah harta pusaka, wang dan kebenaran yang dituntut anak tirinya, Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri, dan seseorang dari masa silamnya.
Aisyah melawan semua ini sendiri sambil cuba memelihara nama baik suaminya.
Waktu Bersiaran
Drama Hasrat Tersirat bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima (CH 105) bermula 10 September.
Selain itu, anda juga boleh tonton di Astro Go atau menerusi tontonan secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel atau di Sooka.
Disebabkan ianya drama daripada Singapura, anda boleh tonton semua episod secara online di website mewatch.sg atau kli pautan dibawah