Jangan lupa untuk saksikan drama siri Original Sooka Hantu Raya Pergi Perang yang akan menemui penonton bermula 24 Jun 2022, setiap hari Jumaat secara eksklusif akan disiarkan di platform penstriman aplikasi Sooka dan sooka.my.
Episod : 8
Tayangan : Sooka
Tarikh : Mulai 24 Jun 2022 (Setiap Jumaat)
Pengarah : Wan Hasliza Zainuddin & Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama siri ini seperti Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Azhar Sulaiman, Rashidi Ishak, Adibah Noor, Iman Corninne, Syanie, Haidar Hasanuddin, Hafdzi Abdul Rashid, Azwan Serigala dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Hun Haqeem sebagai Kadir
- Sharifah Sakinah sebagai Manisah
- Rashidi Ishak sebagai Pak Osman ‘Buaya’
- Azhar Sulaiman sebagai Boss Lawyer
- Iman Corninne sebagai Pawangis
- Haidar Hasanuddin sebagai Syafiq Aiman
- Hafdzi Abdul Rashid sebagai Boestman Razak
Sinopsis Drama Hantu Raya Pergi Perang
Drama Hantu Raya Pergi Perang mengisahkan tentang Kadir Osman iaitu seorang bangsa Kg Geliga, membuat keputusan untuk mendapatkan hantu raya dari Pawangis untuk mengorat cinta hatinya Manisah dan menggantikan dirinya di medan perang apabila Null Corp menyerang.