- advertisement -

Selepas drama Projek: Anchor SPM, Astro sekali lagi bawakan sebuah drama hebat, Forensik dengan genre thriller jenayah yang ditayangkan di Astro Citra bermula 10 Mei 2021. Forensik merupakan kerjasama antara negara Malaysia dan Singapura tetapi dibawa khas untuk tontonan di Malaysia.

Forensik merupakan drama adaptasi daripada siri popular di Singapura iaitu Code Of Law dimana setiap kejadian atau jenayah yang berlaku merupakan dari kes jenayah sebenar yang berlaku di negara tersebut.

forensik

Kali ini barisan pengarah yang hebat ditampilkan daripada 2 negara tersebut iaitu Faisal Ishak daripada Malaysia dan juga Lee Thean-Jeen daripada Singapura. Hampir kesemua pelakon yang terlibat adalah pelakon daripada Singapura tetapi terdapat juga pelakon Malaysia iaitu Wan Hanafi Su.

Episod : 8
Tayangan : Astro Citra
Pengarah : Faisal Ishak & Lee Thean-Jeen
Penulis Skrip : Umie Isa
Penerbit : Lim Bee Lin
Produksi : Weiyu Films
Pelakon : Yuslina Yussof, Fauzie Laily, Wan Hanafi Su, Sharon Ismail, Hamidah Salim, Erwin Dawson, Siti Hajari Gani, Erika Huey Tan, Awan Salim Ramli, Janna Rossady, Rosyieqa dan ramai lagi.

- advertisement -
forensik

Sinopsis Drama Forensik

Drama thrille Forensik mengisahkan tentang keluarga Ketua Pakar Jenayah, Juliana Hamid (lakonan Yuslina Yussof) menangani kes pembunuhan.

Berusaha untuk menjaga hubungan dengan Inspektor Razali, (Fauzie Laily). Ayah Juliana (Wan Hanafi Su) seorang pesara polis yang berjuang menyimpan rahsia tersembunyi.

Selain menyelesaikan kes-kes jenayah yang ditugaskan, Juliana juga ingin membongkar misteri di sebalik kematian ayahnya sendiri.

  • forensik
  • forensik
  • forensik

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama thriller Forensik bermula 10 Mei, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Citra. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.


- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here