- advertisement -

Melalui Gempak Original Series membawakan sebuah lagi drama bersiri baru untuk tontonan ramai berjudul Ex Aku Pontianak yang akan bersiaran bermula 19 Januari 2022 di siaran Astro Ria.

BACA : Saksikan Drama Karipap Haiz Di Astro Ria

Drama kali ini merupakan bergenre seram komedi yang diilhamkan oleh Anwar Hadi, terbitan produksi Red Comm serta diarahkan oleh Shamyl Othman dan dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air.

Episod : 10
Pengarah : Shamyl Othman
Idea Asal : Anwar Hadi
Penulis Skrip : Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar
Penerbit : Shamyl Othman & Lina Tan
Produksi : Red Comm

- advertisement -
ex aku pontianak

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membarisi dalam drama bersiri Ex Aku Pontianak seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan, Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum, Fikhree Bakar, Fatimah Abu Bakar, Datuk Malek Noor dan ramai lagi.

  • Ikmal Amry sebagai MALIK
  • Elizabeth Tan sebagai BELLA
  • Raysha Rizrose sebagai SURAYA
  • Alicia Amin sebagai JAY
  • Maya Hanum sebagai FIFI
  • Fikhree Bakar sebagai ZHAFRAN
  • Fatimah Abu Bakar sebagai MAK SURAYA
  • Datuk Malek Noor sebagai BAPA SURAYA

Sinopsis Drama Bersiri Ex Aku Pontianak

Drama ini menggunakan hantu yang sinonim atau yang biasa masyarakat dengar iaitu Pontiakan. Ex Aku Pontianak mengisahkan seorang playboy bernama Malik yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella kerana bermain kayu tiga.

Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya iaitu seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri

Misi Suraya adalah untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baru. Dapatkan pontianak Bella dihapuskan? Bagaimana keselamatan Malik selepas itu?

  • ex aku pontianak
  • ex aku pontianak

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak yang bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.30 malam eksklusif di Astro Ria 104 mulai 19 Januari ini.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh strim secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan portal Gempak.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here