Jangan lupa saksikan drama Epilog 3 Naga yang akan menemui penonton bermula 3 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam di slot Dramatix di Awesome TV.
Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama iaitu Epilog 3 Naga karya Kaz Ishak yang pernah popular pada tahun 2012 sebelum ini.
Episod : 24
Tayangan : Slot Dramatix di Awesome TV
Tarikh : Mulai 3 Ogos 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Kaz Ishak
Pengarah : Rafiz Ajiboy Rashid
Produksi : Layar Sutra Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Hazama Azmi, Shafiq ‘STU’ Rosli, Atyka Jalil, Syarul Ezani, Che Puan Juliana Evans, Marisa Yasmin, Sahronizam Noor, Rasydan Zackaria, Eyzendy Aziz, Aman Nassim dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Epilog 3 Naga
Drama Epilog 3 Naga mengisahkan tentang tiga sahabar karib sejak kecil iaitu Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil.
Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah.