- advertisement -

Astro akan bawakan sebuah drama melayu tempatan terbaru untuk tahun 2021 bertajuk Dukun Diva : They Put The Sham In Shaman yang akan mula bersiaran pada 6 Disember 2021 di Astro Citra.

Selepas kejayaan Projek Anchor SPM dan I-Tanggang yang merupakan siri Astro Original sebelum ini, sebuah lagi karya siri asli bakal menemui penonton. Adakah ianya akan trending seperti drama-drama sebelum ini?

Episod : 8
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Ideal Asal : Alfie Palermo
Skrip : Alfie Palermo
Penerbit : Alfie Palermo, Amirr Shahlen, Adrian Teh
Produksi : Astro Shaw
Pelakon : Nadiah Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Kahoe Hon, Siti Khadijah Halim, Farazeeqa, Sri Idrina Silva, Juliana Evans, Adlin Aman Ramli, Mat London, Fadhli Masoot, Douglas Lim, Sanjna Suri dan ramai lagi

  • Nadia Aqilah sebagai Che Yah
  • Eyka Farhana sebagai Lola
  • Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD
  • Tony Eusoff sebagai Zul
  • Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena
dukun diva

OST Drama

Judul : Jangan Terlepas Pandang
Artis : Wani Kayrie
Lirik : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir
Komposer : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir

- advertisement -

Sinopsis Drama Dukun Diva

Drama Dukun Diva mengisahkan Rubiah Samsudin @ Che Yah (Nadia Aqilah) yang gagal menjadi seorang pelakon terkenal dan seterusnya membuat keputusan untuk bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam.

Disebabkan pekerjaan itulah, Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Pastinya akan dipandang serong oleh saudara dan kenalan yang mengenalinya.

Satu hari, Che Yah menerima panggila daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Bermula saat inilah berlaku perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola (Eyka Farhana) iaitu seorang remaja yang bermasalah.

  • dukun diva
  • dukun diva

Episod 1 (Rubiah Samsudin The Primadona) Episod 2 (Happy, Together, Forever)Episod 3 (Giselle, Oh Giselle)Episod 4 (Kita Family)Episod 5 (Camp Cinta Abadi)Episod 6 (Che Yah’s Beauty Cream)Episod 7 (You, Me and Jeju)Episod 8 (Mengejar Mimipi)

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan kesemua lapan episod drama Dukun Diva yang bersiaran setiap hari Isnin jam 9.00 malam hanya di saluran Astro Citra 108. Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here