- advertisement -

Bukan kaleng-kaleng nampaknya Astro kali ini apabila bakal memperkenalkan sebuah drama bersiri komedi special berjudul Dongibab yang bakal bersiaran bermula 24 Januari 2022 di siaran eGG Network.

Apa yang special atau menariknya drama bersiri ini adalah ianya bakal menampilkan barisan pelakon daripada strimer pemain video atau Gamers Malaysia.

Antara strimer yang terlibat dalam drama ini yang juga dikenali di kalangan komuniti gamers seperti Daddyhood, Uncle Dyy, Jaasuzuran, Fattahzie Gaming dan Elly Keesha.

Barisan Pelakon & Watak

Antara mereka yang berlakon dalam drama bersiri Dongibab ini ialah Daddy Hood, Jaasuzuran, Fattahzie Gaming, Uncle Dyy, Ellya Keesha dan ramai lagi.

- advertisement -
  • Uncle Dyy sebagai Fatah
  • FattahZie Gaming sebagai Lukeman
  • Daddy Hood sebagai Mr. Canto
  • Jaasuzuran sebagai Juno
  • Ellya Keesha sebagai Lilian
  • dongibab
  • dongibab
  • dongibab
  • dongibab
  • dongibab

Sinopsis Drama Dongibab

Drama Dongibab mengisahkan tentang anak mudah, Fatah yang mengambil alih tugas menjaga cybercafe milik ayahnya yang berada di sebuah bandar kecil bernama Bandar Selipi.

Namun begitu, kawan baiknya, Lukeman merasakan perniagaan cyber cafe nya tiada harapan untuk dibangunkan di sebuah kawasan bandar kecil. Pasti tak ramai yang akan datang.

Dalam pada itu, bas yang dinaiki Lilian bersama sekumpulan rakan ‘gamers’ terkandas di kawasan perumahan Fatah. Disebabkan tiada sambungan internet di telefon bimbit, Lilian dan rakan-rakan perlu menggunakan internet yang ada di kafe siber Fatah.

Dengan dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi, Lilian tidak berputus asa dan nekad untuk memastikan festival ‘gaming’ anjurannya berjaya diadakan, walaupun jika ia perlu dibuat di bandar kecil!

Lilian mendapat sokongan dari pemain video game terkemuka, Mr. Canto, namun begitu, Juno berharap usaha Lilian gagal dan tidak berjaya dilaksanakan.

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan drama bersiri 6 episod Dongibab khususnya kepada komuniti gamers yang mula bersiaran pada 24 hingga 29 Januari ini (Isnin-Sabtu) yang bersiaran pada jam 9.30 malam di eGG Network CH800.

dongibab

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan aplikasi Sooka untuk waktu yang lebih fleksibel.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here