- advertisement -

Sebuah lagi drama melayu terbaru berjudul Do You Love Me Captain yang akan menemui penonton di slot Lestary bermula 13 April 2022 di TV3 bagi menggantikan drama Kerana Dia Suka.

Drama terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd. ini merupakan diinspirasikan atau adaptasi novel best seller ‘Do You Love Me Captain’ karya best sophilea dan kini diangkat ke dunia drama tv.

Adam Hamid dipertanggungjawabkan untuk mengarah drama ini dengan hasil nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria disamping barisan pelakon-pelakon baru yang berbakat.

Episod : 25
Tayangan : Slot Lestary di TV3 & Disney+ Hotstar
Pengarah : Adam Hamid
Penulis Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

- advertisement -
do you love me captain

Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama ini ialah Ali Reza Kavoossi, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid, Daniel Fong, Izzendra, Tisya dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ali Reza sebagai Captain Darish Dzaqrie
  • Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra
  • Noniswara sebagai Dr. Anis
  • Faye Kusairi sebagai Harlina
  • Syainie Aida sebagai Zara
  • Hazeeq Dean sebagai Hakim
  • Azim Yusof sebagai Idlan
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
  • Kartina Aziz sebagai Tok Mama
  • Daniel Fong sebagai Adam

OST Drama

Judul Lagu : Do You Love Me Captain
Penyanyi : Firdaus Rahmat
Komposer : Firdaus Rahmat & Omar K
Lirik : Firdaus Ramat & Omar K

Sinopsis Drama Do You Love Me Captain

Drama Do You Love Me Captain mengisahkan Daneena Dura yang telah diculik oleh makciknya yang mempunyai rancangan jahat untuk mengaut harta miliknya.

Walaubagaimanapun, dia terselamat dan telah berjaya melarikan diri sehinggalah Daneena sampai kesebuah rumah milik Darish Dzaqrie.

Darish hanya perasan kehadiran Daneena selepas dia pulang bercuti dimana telah dikejutkan dengan seorang wanita yang bersembungi di dalam almari miliknya. Dari itu, Daneena menumpang rumahnya dan menyamar sebagai maid (pembantu rumah).

Darish merupakan seorang bekas Pilot tetapi dipaksa bekerja sebagai CEO di syarikat keluarganya bagi menggantikan abangnya yang dibuang keluarga. Namun, Darish tidak berminat dengan kerjanya yang mana passionnya hanya di lapangan.

Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidupnya sebagai orang gaji di rumah itu. Berjayakah rancangan mereka?

  • do you love me captain
  • do you love me captain

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan drama Do You Love Me Captain mulai 13 April ini yang bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Drama ini juga tersedia lebih awal di platform penstriman Disney+ Hostar di www.hotstar.com/my dan di aplikasi mudah alih. Anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Tonton Semua Episod Drama Do You Love Me Captain

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here