- advertisement -

Awesome TV membawakan Diva Popular 2 menerusi slot Dramedi yang telah pun mula bersiaran pada 25 September 2021 bagi menggantikan drama Penghulu Interim.

Diva Popular 2 merupakan kesinambungan daripada Diva Popular sebelum ini yang hanya sempat bersiaran selama 21 episod ekoran pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) pada bulan Jun yang lalu.

Jadi dalam tempoh itu, drama ini tidak sempat dihabiskan dan kerja-kerja tidak dapat diteruskan demi mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Kini pengembaraan sudah dibenarkan dan drama ini yang telah mendapat sambutan luar biasa pada musim lalu kini diteruskan lagi sebanyak 13 episod dengan barisan pelakon yang sama.

- advertisement -

Episod : 13
Pengarah : Rashid Sibir
Terbitan : Rumah Karya Citra
Pelakon : Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Syafiq Kyle, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi

diva popular 2

Sinopsis Drama Diva Popular 2

Diva Popular 2 masih mengenakan intipati yang sama iaitu paparan di balik tabir industri seni tempatan dan kali ini menumpukan senario set penggambaraan progam.

Jika musim sebelum ini, Diva Popular menyajikan kisah Erma Erika dan Ika Natalia yang berebutkan Syazwan, kali ini Engku Emran pula menjadi lelaki rebutan.

Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai tektik dan helah untuk menggoda Engku Emran.

Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika dan Datuk Rona Alfonso.

  • diva popular 2
  • diva popular 2
  • diva popular 2

Waktu Bersiaran

Diva Popular 2 akan bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MYTV 112. Anda boleh juga tonton secara online melalui laman web rasmi Awesome TV pada bila-bila masa secara percuma.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here