- advertisement -

Slot Lestary diteruskan lagi apabila TV3 bawakan drama Diari Seorang Suami yang merupakan drama melayu terbaru yang akan mula bersiaran pada 12 November 2021 bagi menggantikan drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Drama ini bukan bukan adaptasi novel tetapi merupakan ideal asal daripada penulis skripnya iaitu Azril Hamzah serta diarahkan oleh Johan Bahar dengan dibarisi pelakon terkenal.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3
Pengarah : Johan Bahar
Idea Asal : Azril Hamzah
Penulis Skrip : Azril Hamzah dan Nasir Sulaiman
Produksi : Art Ornament Sdn. Bhd.
Pelakon : Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim, Aiyuni Hashim dan ramai lagi.

diari seorang suami

OST Drama

Lagu : Kemelut
Penyanyi : Pasya
Komposer : Zimi
Lirik : Jerry

- advertisement -

Sinopsis Drama Diari Seorang Suami

Diari Seorang Suami mengisahkan kehidupan pasangan muda iaitu Hairi (Afieq Shazwan) dan Nisa (Yuna Rahim). Mereka berdua telah mendirikan rumahtangga dan berjanji akan hidup bersama-sama walau keadaan susah dan senang.

Nisa telah berjanji bersama Hairi yang dia akan sentia untuk selamanya. Dalam pada itu, Hairi juga berjanji akan memberikan Nisa kehidupan yang baik dan tetap berjuang untuk kehidupan yang lebih senang ketika dalam alam rumah tangga.

Namun semuanya berubah apabila kehadiran seorang lelaki iaitu Azman (Keith Foo) yang hadir dalam kehidupan pasangan suami isteri tersebut yang menyebabkan kebahagian mereka terganggu.

Mampukah Hairi mempertahankan kebahagian rumahtangganya? Adakah Nisa akan terus setia bersama Hairi selepas kemunculan Azman dan diari hidupnya? Apakah yang akan dilakukan oleh Azman?

  • diari seorang suami
  • diari seorang suami

Waktu Bersiaran

Drama Diari Seorang Suami akan bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam melalui slot Lestary di TV3. Selain itu, boleh tonton juga di Youtube Drama Sangat

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here