- advertisement -

Slot Qalbu diteruskan lagi dengan drama Dia Isteriku yang akan bersiaran bermula 14 September 2021 di TV Al Hijrah bagi menggantikan Drama Mak Abang Nak Kahwin sebelum ini.

Drama ini diterbitkan melalui inisiatif Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) dibawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

‘Dia Isteriku’ pastinya akan menyajikan kepada penonton kandungan yang terbaik disamping pengajaran yang boleh diambil serta sesuai tontonan seisi keluarga.

Episod : 13
Pengarah : Mazri Mustafa
Skrip : Zarihah Hassan
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.
Pelakon : Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi

- advertisement -
  • Rozita Che Wan sebagai Aisyah
  • Hafidz Roshdi sebagai Helmi
  • Shalma Eliana sebagai Elisya
  • Datuk Fizz Fairuz sebagai Bahar
c

Sinopsis Drama Dia Isteriku

Drama Dia Isteriku mengisahkan sebuah perkahwinan bahagia Helmi dan Aisyah diuji akibat fitnah yang disebarkan oleh ahli keluarga sendiri.

Perkahwinan dengan Helmi satu anugerah tidak ternilai buat Aisyah kerana dia telah melalui kehidupan yang perit bersama bekas suaminya Bahar selama enam tahun bersama.

Bagaimanapun, kebahagiaan itu goyah apabila Elisya iaitu anak Aisyah ketika berkahwin dengan Bahar datang tinggal bersama Helmi dan Aisyah.

Elisya yang selama ini tinggal dengan bapanya, Bahar mengalami kejutan budaya apabila tinggal bersama Helim dan Aisyah.

Sewaktu tinggal dengan bapanya hidupnya agak bebas dan dia tidak ditekankan mengenai hukum hakam agama.

Suasana amat berbeza apabila dia datang tinggal dengan Aisyah sekeluarga yang menekankan kehidupan Islamik dan penuh kasih sayang.

Aisyah dan Helmi berusaha membantu Elisya mengubah dan mengikut corak hidup sebagai muslimah sejati.

Keikhlasan, kejujuran dan layanan mesra Helmi terhadap Aisyah dan dirinya, menyebabkan Elisya terpikat dengan bapa tirinya itu.

Waktu Bersiaran

Dia Isteriku akan bersiaran selama 1 jam pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 6.00 petang di slot Qalbu di TV AlHijrah bermula 14 September ini.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here