Jangan lupa saksikan drama terbaru Derhaka Sebuah Cinta yang akan menemui penonton bagi menggantikan Nikah Cerai Rujuk mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam di saluran Astro Ria 104.
Selain menonton di kaca tv, penonton juga boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my atau boleh langgan di sooka.my dengan harga RM15.90 sebulan untuk dapatkan first access untuk 4 episod terus setiap hari Isnin.
Episod : 20
Tayangan : Astro Ria dan Sooka
Tarikh : Mulai 6 Februari 2023 (Isnin – Khamis)
Waktu : 11.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Aaron Aziz, Zara Zya, Intan Ladyana, Nazrief Nazri, Sabhi Saddi, Nur Syuhada, Sahronizam Noor, Farisha Irwayu, Zulkifli Ismail, Aleesya dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aaron Aziz sebagai Azmeer
- Zara Zya sebagai Dahlia
- Intan Ladyana sebagai Kyra
- Nazrief Nazri sebagai Naufal
- Zulkifli Ismail sebagai Haji Tahir
- Farisya Irwayu sebagai Datin Karmila
- Sahronizam Noor sebagai Dato Norman
- Nur Syuhada sebagai Juita
- Sabhi Saddi sebagai Dr. Izzudin
Sinopsis Drama Derhaka Sebuah Cinta
Drama Derhaka Sebuah Cinta mengisahkan tentang cinta Dahlia yang dikhianati oleh suaminya sendiri, Azmeer apabila dia membuat keputusan meninggalkannya untuk bersama isteri barunya, Kyra dan juga rakan baik Dahlia sejak daripada sekolah.
Bukan itu sahaja, anak Dahlia yang baru lahir turut diambil oleh Azmeer sebagai pengganti kepada arwah anak Kyra dan dengan sebab itulah Dahlia terus berada dalam kesedihan.
Akibat kekecewaan tersebut, Dahlia merancang untuk membalas dendam dan memusnahkan kebahagian Azmeer berama isteri barunya tersebut.



