Drama Derhaka Cinta Jebat menjadi pilihan drama siri terbaru pembuka tirai 2022 di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan bersiaran bermula 3 Januari 2022 di TV1.
BACA : Saksikan Drama Korban Kasih (RTM TV1)
Drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Derhaka Cinta Jebat’ karya Cik Tet terbitan tahun 2018 ini menampilkan gandingan pelakon utama Azlee Khairi dan Elvina Mohamad.
Episod : 26
Tayangan : Slot Widuri TV1
Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip : Syed Mohamaad Taufik Syed Abdul
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon : Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina, Puteri A’teeqah AYu dan ramai lagi.
- Azlee Khairi sebagai JEBAT Zulkarnain
- Elvina Mohamad sebagai AISYAH HUMAIRAH
- Ikmal Amry sebagai TUAH
- Jasper Supayah sebagai CEMELIA
- Faez Nick sebagai IQBAL
- Ikhwan Rosli sebagai SALIM


Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat
Drama Derhaka Cinta Jebat menceritakan tentang rasa dendam, salah faham, ego seorang lelaki iaitu Jebat Zulkarnain yang sanggup menzalimi isterisnya sendiri, Aisyah Humaira.
Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.
Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya.
Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.
Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka.
Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?
Waku Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama bersiri Derhaka Cinta Jebat yang akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang di slot Widuri di RTM TV1 bermula 3 Januari ini.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik iaitu rtmklik.rtm.gov.my dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.