Slot Tiara diteruskan lagi dan kali ini dengan drama terbaru berjudul Dendam Seorang Isteri bagi menggantikan Hati Yang Dikhianati yang akan mula bersiaran pada 21 Mac 2022 di Astro Prima.
Drama ini merupakan adaptasi siri popular Korea ‘Temptation Of Wife’ yang menampilkan dua pelakon wanita hebat iaitu Fasha Sandha dan Nad Zainal sebagai peneraju utama disamping pelakon-pelakon hebat lain.
Episod : 80
Pengarah : Uchee Fukada & Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin, Marr Mohamad, Pahzai Al-Khaired & Suzanna Zaily
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam Dendam Seorang Isteri ialah asha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman, Ziema Din, Dian P. Ramlee, GM Fauzan, Amylea Zarynn Min dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Fasha Sandha sebagai Amira
- Nad Zainal sebagai Kirana
- Wan Raja sebagai Harris
- Aidit Noh sebagai Naufal
- Roy Azman sebagai Mus
- Ziema Din sebagai Datin Mona
- Dian P. Ramlee sebagai Ain
- GM Fauzan sebagai Sulaiman
- Zarynn Min sebagai Kak Baby
- Amylea sebagai Neelisa
OST Drama
Judul Lagu : Kesumat
Penyanyi : Rian Shain
Komposer: Amylea
Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri
Drama Dendam Seorang Isteri mengisahkan tentang Amira iaitu seorang isteri yang taat kepada seorang suami playboy bernama Harris.
Dalam pergolakan rumah tangga mereka termasuk campur tangan ibu mertua, Amira menjadi mangsa khianat oleh kekasih suaminya, Kirana.
Bermulalah rancangan Harris dan Kirana untuk membunuh Amira yang sebenarnya sedang mengandung apabila skandal mereka hampir terdedah dan diketahui oleh Amira.
Amira yang dianggap mati dalam tragedi akhirnya berjaya diselamatkan. Amira kini kembali dengan identiti baru untuk membalas dendam kepada mereka yang telah memusnahkan kehidupannya sebelum ini.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama Dendam Seorang Isteri bermula 21 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di slot Tiara di Astro Prima 105.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.