- advertisement -

Slot Samarinda diteruskan lagi dengan drama Cukup Derita itu yang akan mula bersiaran pada 6 Mei 2021 di TV3. Drama disiarkan bagi menggantikan drama Penjara Janji sebelum ini.

Kini drama Cukup Derita Itu sudah masuk musim kedua dimana ianya kesinambungan daripada musim pertama sebelum ini. Jadi jangan lupa untuk saksikan kesudahannya

Drama Cukup Derita itu merupakan drama adaptasi dengan tajuk yang sama karya novelis terkenal negara Siti Rosmizah yang telah diterbitkan pada tahun 2014 melalui SR Publication. Jadi sebuah lagi drama hebat untuk tontonan anda. Drama ini pastinya akan menjadi perbualan orang ramai sepanjang tempoh siaran.

Episod : 40
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan aplikasi iQIYI Malaysia
Pengarah : Along Kamaludin
Skrip : Siti Rosmizah, Falriqz Naail dan Zuyyin
Penerbit : Siti Rosmizah
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

- advertisement -
cukup derita itu

OST Drama

Lagu : Cukup Derita Itu
Penyanyi : Siti Nordiana

Lagu : Pergilah Derita
Penyanyi : Asfan Shah & Lia Aziz

Senarai Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama Cukup Derita Itu ialah Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Farhan Asri ramai lagi.

  • Ruhainies sebagai ELLANI
  • Chacha Maembong sebagai ELLANA
  • Hisyam Hamid sebagai ZARUL ZAFRAN
  • Jasmin Hamid sebagai MAK NGAH GAYAH
  • Didie Alias sebagai MAK YEK
  • Farhan Asri sebagai AMIRUL
  • Dian P Ramlee sebagai MAK LONG

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu


Drama Cukup Derita Itu mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara.

Walaupun dibesarkan oleh ibu saudaranya Mak Ngah Gayah, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba.

cukup derita itu

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid) seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan.

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya.

Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

  • cukup derita itu
  • cukup derita itu

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya? Saksikan hanya di TV3

Waktu Tayangan

Jangan lupa temu janji anda. Saksikan drama Cukup Derita itu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 mulai 6 Mei ini. Boleh juga saksikan secara online di Tonton.

Cukup Derita Itu 2 akan mula ditayangkan pada 15 November 2021, pada waktu yang sama sebelum ini iaitu setiap isnin hingga khamis jam 10.00 malam di Samarinda TV3 dan aplikasi iQiYI.

Anda juga boleh strim secara online pada pukul 11 malam di aplikasi iQIYI dan website www.iq.com khusus untuk pengguna VIP dan secara percuma 24 jam selepasnya.

Tonton Drama Cukup Derita Itu (Episod Penuh)

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here