- advertisement -

Covid Oh Covid merupakan drama yang menceritakan situasi semasa melanda Malaysia berkaitan pandemik dan juga situasi semasa PKP selepas drama Hadiah Dari Tuhan. Drama akan ditayangkan bermula 2 April 2021 melalui slot Lestary di TV3 serta tayangan secara online di aplikasi iQIYI.

Drama Covid Oh Covid menampilkan barisan pelakon ternama seperti Datin Seri Umie Aida, Adibah Noor, Nora Danish, Syafiq Kyle, Tiz Zaqyah dan ramai lagi la. Semua pelakon hebat-hebat dalam cerita ni tau.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan aplikasi iQIYI
Pengarah : Izuan Mokhtar
Terbitan : Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.

covid oh covid

Barisan Pelakon

Antara bintang yang membarisi drama ini ialah Datin Seri Umie Aida, Adibah Noor, Tony Eusoff, Nora Danish, Syafiq Kyle, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Yusof Hashim, Fatiya Latiff, Amar Asyraf, Nasir Al Aydrus dan ramai lagi.

- advertisement -
  • Tony Eusoff sebagai TUAN ARIFFIN
  • Datin Paduka Umie Aida sebagai TOK WAN
  • Adibah Noor sebagai HABSAH
  • Tiz Zaqyah sebagai SAFURA
  • Nabila Huda sebagai SALMIAH
  • Nora Danish sebagai SUHAILA
  • Nasir Al Aydrus sebagai Shazrul
  • Syafiq Kyle sebagai ZAFRIN
  • Fatiya Latiff sebagai RIANA

Sinopsis Drama Covid Oh Covid

Drama Covid Oh Covid ini menceritakan sebuah keluarga besar, Tuan Ariffin, Habsah, Tok Wan, Safura, Salmiah, Suhaila dan Shazrul yang menjalani kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19. Terdapat pelbagai kerenah yang ditonjolkan bagi setiap penghuni Villa Angrani.

Menceritakan bagaimana adik-beradik bersepakat untuk mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan si Ibu, Habsah. Selain itu juga, Tok Wan yang mengidap Alzheimer juga selalu membuat suasana jadi huru hara dengan perangainya.

covid oh covid

Dalam pada itu, si Ayah, Tuan Ariffin sempat menjalin hubungan dengan Riana sehingga anak-anaknya ingin cuba menggagalkan hubungan ayah dengan janda tersebut.

Selain itu, Suhaila pula resah dengan majlis perkahwinan yang akan diteruskan dengan pematuhan SOP. Suhaila terkejut apabila suaminya, Zafrin mengambil keputusan untuk tidak hidup menumpan di Villa Angrani. Bagaimana kesudahan cerita ini? Nantikan…

covid oh covid

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa saksikan drama Covid Oh Covid setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam mula 2 April ini melalui slot Lestary di TV3. Anda juga boleh saksikan secara online di aplikasi iQIYI atau website www.iq.com pada jam 10 malam iaitu selepas habis tayangan di TV.

Tonton Semua Episod Drama Covid Oh Covid

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here