- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Cinta Hilang Kata yang akan menemui penonton mulai 18 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara Astro Prima 105 atau secara online di Astro Go.

Drama yang bakal menggantikan Dendam Seorang Isteri ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Cinta Hilang Kata’ karya Lily Haslina Nasir.

Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara di Astro Prima 105
Tarikh : Mulai 18 Julai 2022 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 6.00 Petang
Penulis Skrip : PGRs Team
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Sophia Albarakbah, Shahz Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Liza Abdullah, Hariz Hamdan, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifly, Aida Aris, Azri Iskandar, Talha Harith, Nadia Kesuma, Fadilah Mansur dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Sophia Albarakbah sebagai Nurul Masmin
  • Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
  • Iqram Dinzly sebagai Amirul
  • Nelissa Nizam sebagai Sabirah
  • Liza Abdullah sebagai Jah Gayah
  • Hariz Hamdan sebagai Zaili

OST Drama

Tajuk Lagu : Bahagiankan Dia
Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
Komposer : Aliff Iskandar
Penulis Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq

Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata

Drama Cinta Hilang Kata mengisahkan tentang Nurul Masmin yang menjadi seorang penulis atau pengarang yang dikenali ramai ketika di universiti dengan sokongan teman lelakinya, Rain Akhtar.

Walaubagaimanapun, dia terkejut apabila ibunya bertegas agar dia berkahwin dengan Amirul, anak kepada Jah Gayah iaitu seorang pengasuh, dengan pujukannya.

Oleh kerana itu, Nurul mengikuti hasrat ibunya dan meneruskan perkahwinan itu, tanpa meyedari bahawa  perkahwinan itu sebenarnya adalah sebuah penipuan Jah Gayah untuk mengambil kekayaan keluarganya.

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Perkahwinan kepada Nurul hanyalah pembukaan jalan kepada Jah Gayah untuk hidup dalam kemewahan semata-mata. Sepanjang perkahwinannya, Nurul tidak pernah berasa bahagia kerana semua yang dia lakukan adalah untuk menjaga hati ibunya sahaja.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai. Tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul pula menderita akibat terkena sihir yang dilakukan oleh ibu Sabirah, rakan sekerjanya yang cemburu dengan kehidupannya. Mujur Nurul mempunyai rakan baik seperti Ezra, Wanie dan Deena yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang pernah berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas. Bolehkah Nurul Masmin mencari cinta semula? Adakah kehidupannya akan menjadi bahagia?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here