- advertisement -

Sebuah drama komedi ‘Cinta Amnesia’ yang menampilkan gandingan buat pertama kali pelakon Riena Diana dan Zynakal menjadi pilihan drama yang mengisi slot Lestary bermula 12 Februari 2022 di siaran TV3 dan platform penstriman Viu.

Bagi menggantikan Life Lila, drama terbitan Luqsar Kreatif dan arahan Heykal Hanifah yang turut dibintangi pelakon seperti Shah Jaszle, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Anas Ridzuan, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Viu
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Adza Emie dan Siti Solehah Abd Ghanis
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

cinta amnesia

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Riena Diana, Zynakal, Shah Jaszle, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Anas Ridzuan, Nadzmi Adhwa, Hazeeq Dean, Faezah Elai, Zaidi Rock, Khaty Azian dan ramai lagi

- advertisement -
  • Riena Diana sebagai Laura Madeena
  • Shah Jaszle sebagai Idham
  • Zynakal sebagai Huzair
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Laila
  • Bell Ngasri sebagai Latef
  • Anas Ridzuan sebagai Leon
  • Nadzmi Adhwa sebagai Lukeman
  • Faezah Elai sebagai Julia

OST Drama

Judul : WOW
Penyanyi : Iqwan Alif
Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Sinopsis Drama Cinta Amnesia

Drama Cinta Amnesia mengisahkan Laura Madeena seorang gadis periang yang sering mengimpikan kehidupan bandar yang mewah dan ingin menjadi terkenal seperti orang lain.

Kerana itu, dia memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki kaya dan kacak bernama Idham walaupun ibunya tidak merestuinya tetapi perkahwinan mereka gagal.

Malu dengan apa yang berlaku, dia berpura-pura hilang ingatan (amnesia) selepas terlibat dalam kemalangan. Jadi sejauh mana dia akan pergi dan bila dia akan berhenti berpura-pura?

  • cinta amnesia
  • cinta amnesia

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Cinta Amnesia setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 bermula 12 Februari ini.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi platform penstriman Viu di www.viu.com atau menerusi aplikasi yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here