Untuk slot Dramatix kali ini membawakan drama Cik Serba Tahu akan mula bersiaran pada 27 Julai 2021. Drama ini pernah ditayangkan pada tahun 2017 dan kini di ulang siar kembali.
BACA : Saksikan Drama Diva Popular Di Awesome TV (Dramatix)
Drama televisyen Malaysia ini merupakan arahan Shuhaimi Zulkefli yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama ‘Cik Serba Tahu‘ karya Syamnuriezmil yang diterbitkan pada tahun 2015
Tayangan : Dramatix Awesome TV
Episod : 16
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penerbit : Dato’ Seri Jaspal S. Korotana
Skrip : Shida Zali
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd


Pelakon Dan Watak
Remy Ishak dan Sari Yanti bergerak sebagai watak utama dalam drama ini. Mereka dibantu oleh pelakon seperti Zarul Umbrella, Iedil Putra, Mona Allen, Aishah Illias, Isyariana Che Azmi, Nadia Brian, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
- Remy Ishak sebagai Carl Adham
- Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee
- Zarul Umbrella sebagai Bunyamin
- Iedil Putra sebagai Benjamin
- Mona Allen sebagai Maira
- Aishah Ilias sebagai Dylaila
- Isyariana Che Azmi sebagai Sarah
- Nadia Brian sebagai Fazlin
- Dynas Mokhtar sebagai Kak Chaq


Sinopsis Drama Cik Serba Tahu
Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.
Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.
Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta.
Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?


Waktu Bersiaran
Drama Cik Serba Tahu akan bersiaran setiap isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112 mulai 27 Julai ini.
Untuk kandungan lain, anda boleh layari laman web rasmi Awesome TV di https://awesometv.my