TV3 akan bawakan sebuah drama melayu tempatan, drama Checklist Mr Right yang akan bersiaran bermula 25 Ogos 2021 di slot Sakura bagi menggantikan Jika Masih Ada Rindu. Juga boleh ditonton secara striming di WeTV Malaysia
BACA : Saksikan Drama Single Terlalu Lama Di TV3 (Slot Drama Pukul 6)
Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak. Drama ini asalnya adalah dari tajuk Cinta Itu Fairy Tale yang pernah bersiaran di Iflix pada Mei 2020 yang lalu. Kali ini diberi nama dan tajuk baru pula untuk tontonan orang ramai di kaca tv.


Episod : 12
Pengarah : Tam Suhaimi
Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki dan Shamaine Othman
Produksi : Imaginal Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Eyka Farhana, Ikhsan Saleh, Afifah Nasir, Wafiy Aan, Amy Mastura, Harris Baba, Intan Ladyana, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Atiq Azman, Nelissa Nizam dan ramai lagi
- Eyka Farhana sebagai Nina Suraya
- Ikhsan Saleh sebgai Adam
- Afifah Nasir sebagai Niesa
- Amy Mastura sebagai Sofia
- Wafiy Ann sebagai Najmi
- Harris Baba sebgai Zach
- Intan Ladyana seagai Serena
Sinopsis Drama Checklist Mr Right
Drama Checklist Mr Right mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya.
Beliau mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya.
Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.
Waktu Siaran
Drama Checklist Mr Right akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang melalui slot Sakura TV3 bermula 25 Ogos ini. Anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Selain itu, anda juga boleh strim di WeTV Malaysia (https://wetv.vip) secara percuma bermula selepas habis tayangan di tv.
Hi. This Drama is been streaming on WeTV. Could you please post the links like you always do.
alright. will do
Thank You.