Astro membawakan semula drama Celup bagi tayangan di Astro Ria bermula 11 Ogos 2021 di Astro Ria. Sebuah drama Gempak Original Series yang pernah disiarkan sebelum ini pada tahun 2019 kini kembali semula.
BACA : Drama Ahli Bapak Bapak Club Di Astro Ria
Sebelum ini, drama Celup hanya ditayangkan secara ekslusif di portal Gempak. Kini ianya kembali ditayangkan di kaca televisyen pula untuk tontonan oranga ramai.
Episod : 9
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Hyper Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Emma Maembong, Sean Lee, Nabil Aqil, Sherin Amirin, Dian P. Ramlee dan ramai lagi


Sinopsis drama Celup
Drama Celup mengisahkan Ria (Emma Maembong) yang merupakan cucu kesayangan kepada Nenek (Dian P. Ramlee) yang juga seorang jutawan.
Ria adalah seorang gadis boros yang selalu berbelanja dan gagal menguruskan perbelanjaan dengan baik sehingga Neneknya sendiri membekukan kad kredit Ria.
Disebabkan itu, Ria sanggup berhutang dengan kekasihnya, Nabil (Nabil Aqil) untuk terus berbelanja seperti tiada hari esok.
Ria terpaksa berkahwin dengan Sean (Sean Lee) secara senyap-senyap demi mengeluarkan wang simpanan bagi membayar semula segala hutang-hutang kepada Nabil


Waktu siaran
Drama siri Celup akan bersiaran setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel