- advertisement -

Sebuah lagi drama sempena Ramadan, Calon Menantu Tuan Rumah akan bersiaran bermula 10 April 2021 di TV2. Selain itu terdapat juga drama Drama Kuali Mentua Lauk Menantu yang juga bersiaran di RTM TV2.

Drama 28 episod ini merupakan drama ulang siar yang pernah dimainkan pada tahun 2019 yang lalu. Drama Calon Menantu Tuan Rumah ini menampilkan pelakon seperti Hafidz Roshdi, Zara Zya, Daya Roza dan ramai lagi.

Episod : 28
Tayangan : Drama Khas Ramadan di TV2
Pengarah : Hadith Omar
Skrip : Pouvin & Loh Chung Tat
Penerbit : Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika
Terbitan : Suhan Movies
Pelakon : Zara Zya, Hafidz Roshdi, Haleeda Mazlin, Dayana Roza, Isyariana, Aprena Manrose, Dini Schatzman dan ramai lagi.

calon menantu tuan rumah

Sinopsis Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Drama Calon Menantu Tuan Rumah mengisahkan janda anak satu, Kak Pah yang menyewakan beberapa bilik di kediamannya kepada wanita bujang Ros, Zurin, Ika dan Lia. Pada masa sama, Kak Pah ingin mencari menantu untuk anaknya, Adam.

- advertisement -

Ros pandai mengambil hati Kak Pah membuatkan beliau selalu disebut sebagai penyewa yang baik oleh Kak Pah. Ros sebenarnya ada memasang niat untuk mengenakan Zurin, Ika dan Lia.

Waktu Tayangan

Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu, jam 8 malam mulai 10 April ini di TV2 melalui slot Drama Khas Ramadan. Anda juga boleh tonton secara online melalui portal myklikrtm di https://myklik.rtm.gov.my/

Tonton Semua Episod Drama Calon Menantu Tuan Rumah

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here