- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama terbaru Bunga Aku Tunggu mulai 17 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim HD secara online di watch.tonton.com.my.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online menerusi platform iQIYI di aplikasi mudah alih atau di web www.iq.com sejam selepas tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan secara percuma 48 jam kemudian.

Drama yang bersiaran 13 episod bagi menggantikan Segenap Takdir ini merupakan terbitan syarikat Wiranusa Corporation Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan penulisan skrip dan idea asal daripada Adza Emie.

Episod : 13
Tayangan : Slot Samarinda di TV3 dan iQIYI
Tarikh : Mulai 17 Mei 2023 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Adza Emie
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

- advertisement -
Bunga Aku Tunggu

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Bunga Aku Tunggu seperti Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Shah Iskandar, Reen Rahim, Afifah Nasir, Razzuan Rosli, Azhar Sulaiman, Norlia Ghani, Kuza, Atiq Azman, Abil Qamaruzaman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Beto Kusyairy sebagai Kamal
  • Nelydia Senrose sebagai Bunga
  • Shah Iskandar sebagai Ari
  • Reen Rahim sebagai Haura
  • Afifah Nasir sebagai Juita
  • Razzuan Rosli sebagai Adam
  • Azhar Sulaiman sebagai Tuan Syukri
  • Norlia Ghani seebagai Nek Su
  • Kuza sebagai Puan Maria
  • Atiq Azman sebagai Arjuna

Sinopsis Drama Bunga Aku Tunggu

Drama Bunga Aku Tunggu mengisahkan tentang Kamal Iman iaitu seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja.  Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga.

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka.

Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara.

Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi.

Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka? Semuanya bakal terjawab di dalam Bunga, Aku Tunggu.

Bunga Aku Tunggu
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here