Jangan lupa saksikan drama Bukan Syurga Pilihan yang akan menemui penonton mulai 2 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima 105 dan secara online di Astro Go.
Drama yang bakal menggantikan Jesnita ini merupakan adaptasi novel ‘Gantung’ yang merupakan karya AH Clans.
Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara di Astro Prima 105
Tarikh : Mulai 2 Januari 2023 (Isnin – Jumaat)
Waktu : 6.00 Petang
Pengarah : Ungku Ismail Aziz
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Azizah Mahzan, Fezrol Khan, Aishah Ilias, Fathil Dani, Ady Mohammad, Zarina Zainoordin, Nasz Sally, Mardiana Alwi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nadiya Nisaa sebagai Tihani
- Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
- Fezrul Khan sebagai Zaid
- Aishah Ilias sebagai Puteri Sofea
- Azizah Mahzan sebagai Dato’ Ilya
- Mardiana Alwi sebagai Syahrini
OST Drama
Lagu Tema : Tersakiti
Penyanyi : Fai Ramli
Komposer : Archie Nasution
Produksi : KRU Music
Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan
Drama Bukan Syurga Pilihan mengisahakn tentang kehidupana Tihani yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid yang mana dia menjanjikan bahagia buat selamanya.
Janji manis ini dimungkiri apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga kepada Tihani ketika mereka sedang gaduh.
Tihani kemudian didatangi Megat Ariff yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea iaitu gadis pilihan ibunya iaitu Dato’ Ilya.
Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani kerana perkahwinan kedua ini juga turut dipenuhi onak duri apabila mereka diganggu oleh Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat.
Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila suaminya, Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.



