Jangan lupa saksikan drama Bukan Pi Mai Pi Mai yang akan menemui penonton mulai 19 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam di Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.
Drama yang menggantikan Kids Nowadays ini bukanlah cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu seperti yang diberitahu oleh pengarahnya, Sabri Yunus tetapi masih menggunakan karakter dan imej hampir sama seperti dahulu.
Episod : 12
Tarikh : 19 September 2022 (Isnin – Khamis)
Masa : 11.00 Malam
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Porcupine Production dan Heritage Movies
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Sabri Yunus, Angeline Tan, Imuda, Khatijah Tan, Sathia, Mat Over (Sulaiman Yassin), Silfeny Osman, Azizul Ammar, Saidi Sabri dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Azizul Ammar sebagai Joey
- Saidi Sabri sebagai Adil
- Silfeny Osman sebagai Nita
- Angeline Tan sebagai Jessy
- Imuda sebagai Samsudin
- Khatijah Tan sebagai Hasanah
- Sabri Yunus sebagai Wan Seman
Sinopsis Drama Bukan Pi Mai Pi Mai
Drama Bukan Pi Mai Pi Mai mengisahkan tentang enam warga emas yang bekerja di sebuah resort iaitu My Gopeng Resort dimana baru dibuka dan diruskan oleh Nita, Joey dan Adil.
Kesemua pekerja diminta membuat video promosi resort tersebut bagi mengajak lebih ramai bakal pelanggan dan pengunjung untuk datang bercuti di resort mereka memandangkan ianya baru beroperasi.
Dalam tempoh itu, macam-macam perangai dan isu mereka perlu hadapi di resort itu. Adakah akan lebih ramai yang akan datang di resort tersebut hasil daripada usaha pekerja-pekerja tersebut?



