- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama terbaru Bukan Lelaki Terhebat yang akan menemui penonton mulai 26 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan secara online di watch.tonton.com.my

Selain itu, drama yang bakal menggantikan Hati Tanpa Rasa yang diadaptasi daripada novel ‘Bukan Lelaki Terhebat’ karya Dilla Ahmad ini juga turut disiarkan menerusi aplikasi iQIYI Malaysia.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan iQIYI
Tarikh : Mulai 26 Januari 2023 (Isnin – Khamis)
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi, Anies Hannani, Zarina Zainuddin, Ameerul Asyraf, Harissa Adlynn, Omar Abdullah, Rashidah Jaafar, Hasnul Rahmat, Arash Mohd, Puteri Balqis, Kak Girl dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Adam Lee sebagai Jaden Haqeef
  • Sweet Qismina sebagai Seri Dhia
  • Halim Radzi sebagai Doktor Iqram
  • Anies Hannani sebagai Ariana
  • Omar Abdullah sebagai Pak Samad
  • Ameerul Asyraf sebagai Andi
  • Arash Mohd sebagai Tuan Amirul
  • Hasnul Rahmat sebagai Harris

Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat

Drama Bukan Lelaki Terhebat mengisahkan tentang Jaden iaitu seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri.

Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana. Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad.

Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia.

Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.

Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka. Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad.

Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here