TV9 akan menyajikan sebuah drama baru, Bujang Tampan Selamba yang akan mula bersiaran pada 23 Jun 2021. Sebuah drama sitkom yang disajikan dengan pengajaran disamping pengisian ilmu bagi setiap episod.

BACA : Tonton Drama Assalamualaikum Mustafa Di TV9 (Istimewa Ramadan)

Manakan tidak, dalam drama Bujang Tampan Selamba (BTS) buat pertama kali kita boleh tengok PU Azmin berlakon memegang watak komedi disamping menyampaikan ilmu bersama-sama dengan barisan pelakon lain seperti Bell Ngasri dan Hafidz Roshdi

Episod : 13
Pengarah : Haizren Mohd Esa
Skrip : Anwar Afiq Noor Rashid
Penerbit : Fadzliniza Zakaria
Produksi : FZ Studios
Pelakon : Bell Ngasri, Hafidz Roshdi, PU Azman, Atu Zero, Ebby Yus, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

  • Hafidz Roshdi sebagai RAZAK
  • Bell Ngasri sebagai TOMMY
  • PU Azman aka Cik Man sebagai USTAZ
  • Ebby Yus sebagai ENCIK MALEK
Bujang Tampan Selamba

Sinopsis Drama Bujang Tampan Selamba

Drama Bujang Tampan Selamba (BTS) mengisahkan tentang tiga orang bujang yang tinggal bersama di sebuah rumah sewa yang terletak di Kuala Lumpur, Ustaz, Razak dan Tommy yang mana masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

Ketiga-tiga mereka ini bagaimanapun cuba untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bagaimanakah agaknya karenah mereka tinggal dibawah satu bumbung yang sama? Adakah pada akhirnya nanti ketiga-tiga mereka berjaya menjadi sahabat baik? Sama-sama kita tunggu okay!

  • Bujang Tampan Selamba
  • Bujang Tampan Selamba

Waktu Siaran

Drama Bujang Tampan Selamba akan bersiaran setiap Rabu, jam 9.30 malam di TV9 saluran Astro 149 dan MyTV109 mulai 23 Jun ini. Selain itu, anda juga boleh tonton semula di Youtube Rasmi TV9 Malaysia.

Tonton Semua Episod Drama Bujang Tampan Selamba

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here