TV AlHijrah memperkenalkan sebuah slot drama terbaru iaitu Slot Qalbu dengan menampilkan drama Bujang Haji yang telah pun bersiaran sejak 8 Jun 2021 yang lalu.
BACA : Sitcom Ismi Solehah Di Astro Ceria
Dalam slot ini, ianya akan menyiarkan barisan drama bersiri baru, menarik dan memberi nilai tambah kepada kehidupan seharian penonton. Slot ini akan dimulakan dengan drama Bujang Haji.
Episod : 13
Pengarah : Isqandar Jebat
Penulis Skrip : ZH Emdee & Isqandar Jebat Mohamad Hairi
Produksi : Hujan Lebat Sdn. Bhd.
Pelakon : Chiwan Chilok, Din Latah, Jalil Hamid, Aliff Yasraf, Kartina Aziz, Fathil Dani, Rosnah Mat Aris, Hamdan Senario, Norlia Ghani, Sharifah Nur Anthasha, Mazlan Abdullah, Ramah Harun serta penampilan istimewa oleh Nasha Aziz.
- Chiwan Chilok Sebagai Adi
- Din Latah Sebagai Ucop
- Aliff Yasraf Sebagai Yus
- Mimi Ernida Sebagai Reen
- Hani Nazrina Sebagai Nonie
- Azzahra Ahmad Sebagai Nazira
- Jalil Hamid Sebagai Pak Jalil
- Kartina Aziz Sebagai Mak Wan
- Fathil Dani Sebagai Bang Razak
- Rosnah Mat Aris Sebagai Kak Ros
- Hamdan Senario Sebagai Che Kaz
- Norlia Ghani Sebagai Che Nor
- Nasha Aziz Sebagai Puspawangi


Sinopsis Drama Bujang Haji
Bujang Haji mengisahkan tentang tiga sahabat bujang iaitu Yus, Adi dan Ucup yang bekerja sebagai penjual ikan segar di pasar harian. Rutin harian mereka adalah rutin harian biasa yang dilalui oleh anak muda setempat yang lain.
Semuanya berubah apabila Haji Isa datang ke gerai mereka untuk membeli ikan. Haji Isa mahu mengadakan kenduri doa selamat, menjamu laksa kepada orang kampung sebagai tanda syukur dia terpilih untuk melaksanakan ibadah haji dalam masa terdekat.
Bermula detik itu, Yus, Adi dan Ucup seperti terpanggil dan mendapat semangat baru untuk turut ke kota suci Mekah melaksanakan rukun islam kelima itu. Mereka semakin sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan bekalan kewangan yang cukup agar urusan haji mereka berjalan lancar.
Ketiga-tiga mereka bekerja keras untuk mencapai misi suci ini. Pelbagai peristiwa berlaku apabila masing-masing saling berlumba-lumba menunjukkan kesungguhan dan juga semangat mereka untuk menunaikan haji. Antara yang memeningkan adalah konflik percintaan.
Yus, Adi dan Ucop tersepit di antara niat suci mereka ke Mekah dan kehendak kekasih masing-masing. Kekasih Yus, Adi dan Ucop sibuk mengajak mereka untuk mencari kelengkapan persiapan Aidiladha sedangkan mereka sudah kesuntukan masa untuk melaksanakan persiapan akhir ke Mekah.
Namun, tiga sahabat ini mengatur strategi agar niat mereka untuk menunaikan ibadah haji tertunai dan kisah percintaan mereka juga kekal tanpa sebarang masalah. Yus, Adi dan Ucup mengambil langkah drastik untuk melangsungkan perkahwinan sebelum mereka berangkat untuk mengerjakan haji. Akhirnya tiga sahabat ini dapat menunaikan haji dengan status baru iaitu sebagai suami mithali.


Waktu Tayangan
Anda boleh saksikan drama Bujang Haji setiap Isnin dan Selasa, jam 6.00 petang di TV AlHijrah saluran Astro 114, MyTV 114 dan Unifi TV 183 bermula 8 Jun 2021. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web TV AlHijrah di www.tvalhijrah.com