- advertisement -

Jangan lupa saksikan drama Budak Tebing 3 yang akan menemui penonton mulai 14 Disember 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 dan secara online di www.iq.com dan aplikasi iQIYI.

Drama yang bakal menggantikan Kampung People 3 yang telah tamat pada 10 Disember yang lalu ini merupakan kesinambungan daripada drama Budak Tebing musim pertama dan musim kedua sebelum ini.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary di TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 14 Disember 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri Budak Tebing 3 ini seperti Aedy Ashraf, Adam Lee, Nabil Aqil, Izz Ilham, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Nelisa Nizam, Nia Atasha, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Aedy Ashraf sebagai Tongki
  • Adam Lee sebagai Arif
  • Nabil Aqil sebagai Kylo
  • Izz Ilham sebagai Yoyol
  • Eyka Farhana sebagai Ira
  • Firdaus Ghufran sebagai Talam
  • Nelissa Nizam sebagai Maria
  • Nia Atasha sebagai Husna

Sinopsis Drama Budak Tebing 3

Drama Budak Tebing 3 mengisahkan tentang Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan.

Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing.

Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat.

Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here