Saksikan drama terbaru, Bisik-Bisiko Gelora yang akan mula bersiaran pada 21 Mei 2022, setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 dan tontonan secara online di www.hotstar.com/my
Drama ini merupakan adaptasi novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari yang bersiaran bagi menggantikan 7 Hari Mencintaiku 3.
Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia TV3
Waktu : Mulai 21 Mei 2022 (Isnin – Ahad)
Masa : 7.00 Malam
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang membintangi drama ini ialah Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Damia Qaissarah dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
- Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
- Gambit Saifullah sebagai Fakhri
- Hafidz Roshdi sebagai Wari
- Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
- Afifah Nasir sebagai Nada
- Kodi Rasheed sebagai Yahya
- Shakilla Khoriri sebagai Juni
Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora
Drama Bisik-Bisik Geloran mengisahkan tentang Jad iaitu seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda.
Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan kemudian dipenjarakan.
Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam.
Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.