Unifi TV akan bawakan sebuah drama tempatan melayu terbaru berjudul Bintang Hatiku yang akan mula bersiaran pada 4 Februari 2022 menerusi saluran Salam HD.
BACA : Saksikan Drama Menantu Tok Sintok Di SalamHD (UnifiTV)
Sebuah drama terbaru daripada A. Aida Production ini menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Zoey Rahman, Anis Al Idrus, Rosnah Johari dan ramai lagi.
Episod : 26
Pengarah : Khir Mohd Noor (FDAM)
Penulis Skrip : Wan Mahani
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Zoey Rahman, Anis Al Idrus, Rosnah Johari, Gen Darwish, Putra Amaris, Adibah Yunus, Marissa Balqis, Razak Ahmad, Annie Arifin, Raja Azmi dan ramai lagi
- Zoey Rahman sebagai Raziq
- Gen Darwish sebagai Rahul
- Rosnah Johari sebagai Dato’ Nirda
- Anis Al Idrus sebagai Hanani


Sinopsis Drama Bintang Hatiku
Drama Bintang Hatiku mengisahkan RAZIQ yang dibesarkan dalam kemewahan, pening dan dilema bila ibunya atau mummyn ya, NIRDA dan isterinya, HANANI yang sangat kontras berebut besarkan anaknya, RAHUL dengan cara masing-masing.
Nirda, si nenek urban beri kemewahan dan mahu Rahul jadi cucu yang disegani tapi Hanani, menantu kampungnya mahu Rahul berjimat cermat, soleh dan zuhud. Perang perlian sentiasa berlaku dan yang tersepit ialah Raziq dan Rahul.
Waktu Bersiaran
Drama bersiri Bintang Hatiku akan bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 6.00 petang di Salam HD, saluran 113 Unifi TV mulai 4 Februari ini.
Jika anda tiada Unifi TV, anda boleh tonton menerusi aplikasi PlayTV@Unifi yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store secara percuma