Jangan lupa saksikan drama Biar Mereka Cemburu bermula 1 Disember 2020 yang akan ditayangkan di Astro RIA melalui slot Megadrama.

Selamat drama Perempuan Tanpa Dosa yang mendapat sambutan yang hangat sehinggakan ditambah lagi 5 episod, slot Megadrama diteruskan lagi dengan drama Biar Mereka Cemburu. Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil karya Anuar Darwisy terbitan tahun 2014.

Kali ini sepertinya tidak kurang hebatnya dengan barisan pelakon yang cukup terkenal. Nantikan gandingan mantap antara Aiman Hakim dan Nabila Razali yang dari hari ke hari nampaknya sudah selesa dengan bidang lakonan.

Tayangan : 16 episod (Slot Megadrama)
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Roslin Sharif
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha

biar mereka cemburu

Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu

Drama Biar Mereka Cemburu ini mengisahkan Nadia (Nabila Razali), seorang gadis delivery di bandar besar ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pekerja biasa dan seorang lagi anak tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam (Izzat Mushtaq) yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar.

Tengku Iedil (Aiman Hakim Ridza), anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan Nadia disebabkan adegan eksiden yang berlaku. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni?

Waktu Siaran

Drama Biar Mereka Cemburu ini akan mula bersiaran pada 1 Disember 2020. Saksikan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro RIA (RIA HD) melalui slot Megadrama. Anda juga boleh strim melalui Astro GO.

Selain itu, anda juga boleh tonton dan strim melalui aplikasi iQIYI sejurus selepas habis tayangan drama ini di TV.

Tonton Semua Episod Drama Biar Mereka Cemburu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here