- advertisement -

Astro bawakan sebuah drama bersiri tentang kekeluargaan dan persahabatan sesuai untuk tontonan keluarga berjudul Take CTRL yang akan disiarkan bermula 29 Januari 2022 menerusi saluran Astro TA-DAA!

Sebuah drama komedi yang menggunakan bahasa bilingual atau dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan English ini bakal menampilkan pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam, Hana Nadira dan pelakon kanak-kanak, Faiz Najib dan Sry Khairudin.

BACA : Saksikan Drama Karipap Haiz Di Astro Ria

Drama 6 episod ini bakal menampilkan dua konsep yang unik, meneroka dua dunia iaitu dunia sebenar dan dunia maya. Selain itu ianya diselitkan juga dengan elemen video game yang pastinya anak-anak mudah berminat dengannya.

- advertisement -

Episod : 6
Tayangan : Astro TA-DAA! (CH 612)
Pengarah : Derrik Yaw
Produksi : Graph Studios
Pelakon : Shaheizy Sam, Faiz Najib, Sry Khairudin, Hana Nadira, Gabriel Pountney, Rika Adrina, Marianne Tan, Farid Azmeir, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel, Jenn Chia, Jin Lim dan ramai lagi

  • Shaheizy Sam sebagai Papa
  • Hana Nadira sebagai Mama
  • Faiz Najib sebagai Sky
  • Sry Khairudin sebagai Ramunah
take ctrl

Sinopsis Drama Take CTRL

Drama bersiri Take CTRL ini mengisahkan tentang adik-beradik, Sky dan Ramunah yang dikawal ketat sertai dikongkong oleh ibu bapa mereka.

Pada satu hari, merek terjumpa permainan video kawalan minda dan dengan tidak sengaja memasukkan ibu bapa mereka dalam permainan atas talian kawalan minda tersebut.

Pada awalnya, mereka begitu teruja apabila dapat mengawal ibubapa mereka tetapi sebenarnya makin banyak masalah yang timbul dan perkara yang tidak dijangka berlaku.

take ctrl

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Take CTRL mulai 29 Januari ini, setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di saluran Astro TA-DAA! (CH612).

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go atau aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di play store atau app store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here