Sebuah drama melayu terbaru tayangan televisyen tempatan berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini akan mula bersiaran pada 20 Disember 2021 bagi mengisi slot Samarinda di TV3 bagi menggantikan drama Cukup Derita Itu 2.
Drama ini merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama iaitu Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra merupakan terbitan Kembara Sufi Sdn. Bhd. pada tahun 2019.
Episod : 15
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Eja Lorena
Penerbit : Jaja Ishak
Produksi : Kembara Sufi Production
Pelakon : Idris Khan, Intan Najuwa, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Wan Maimunah, Zarynn Min, Edika Yusof, Jasmin Hamid, Raja Azmi, Raja Baizura, Aleza Shadan dan ramai lagi
- Idris Khan sebagai RAHHAL
- Intan Najuwa sebagai HAIRA
- Syazwan Zulkifly sebagai FAKHRIL


OST Drama
Judul : Takdir
Penyanyi : Aliff Iskandar
Komposer : Aliff Iskandar
Lirik : Aliff Iskandar & Jaja Ishak
Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini
Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal.
Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.
Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.
Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?
Waktu Bersiaran
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 mula 20 Disember ini.
Selain itu, anda juga boleh tonton drama ini menerusi perkhidmatan penstriman aplikasi iQiyi atai di www.iq.com/local sejurus selepas habis tayangan di tv pada hari yang sama.