- advertisement -

Gempak meneruskan lagi dengan siri Original mereka dan kali ini menerbitkan sebuah drama siri komedi berjudul Beriani Gam Cik Aspalela yang akan bersiaran mulai 30 Mac 2022 di saluran Astro Ria.

BACA : Drama Bersiri Ex Aku Pontianak Di Astro Ria (Gempak Original Series)

Drama arahan Waan Hafiz ini ditayangkan sempena Ramadan yang mana tahun 2022, Astro mengangkat tema ‘Semangat Lebaran Kita’ yang turut menyediakan pelbagai pengisian terbaik dan menarik

Tayangan : Siri Original Gempak di Astro Ria
Pengarah : Waan Hafiz
Penulis Skrip : Sham Hashim
Produksi : Fastpro Solution

- advertisement -
beriani gam kak aspalela

Barisan Pelakon

Drama siri Beriani Gam Kak Aspalela menampilkan pelakon-pelakon terkenal Malaysia seperti Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong, Sharifah Aryana, Zalif Sidek, Nizam Jentik-Jentik, Nick Davis dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Sheila Mambo sebagai Kak Aspalela
  • Cik Manggis sebagai Ukisya
  • Chacha Maembong sebagai Umaya
  • Sharifah Aryana sebagai Ulala
  • Zalif Sidek sebagai Abe Latif
  • Nick Davis sebagai Hock Seng

Sinopsis Drama Beriani Gam Cik Aspalela

Drama Beriani Gam Kak Aspalela mengisahkan tentang Kak Aspalela, seorang penjual Nasi Beriani Gam yang disukai ramai.

Setiap Ramadan, nasi beriani beliau amat laris dan dicari-cari di TTDI. Bagaimanapun, anak-anak gadisnya, Ukisha, Umaya dan Ulala amat malas untuk membantunya di warung. Mereka lebih berminat untuk menjual produk kosmetik.

Suatu hari Kak Aspalela berpura-pura hilang ingatan. Demi menyelamatkan perniagaan warung ibu mereka, anak-anak gadis Kak Aspalela terpaksa belajar untuk memasak Nasi Beriani Gam mengikut resepi ibu mereka.

Adakah mereka berjaya untuk menyelamatkan perniagaan ibu mereka? Untuk mengetahui nasib warung ‘Beriani Gam Kak Aspalela’, saksikan kesudahannya di Astro Ria.

  • beriani gam kak aspalela
  • beriani gam kak aspalela

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan drama Beriani Gam Kak Aspalela mulai 30 Mac ini, setiap hari Rabu pada jam 9.30 malam di Astro Ria.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksibel, anda boleh strim secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan portal Gempak.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here