Bermula 10 Julai 2021 ini, drama Ayahanda yang merupakan sebuah drama tv siri Malaysia akan bersiaran dan menemui penonton melalui slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama Budak Tebing 2 sebelum ini.
Jika biasa kita menonton kisah percintaan, tetapi karya atau drama kali ini sedikit berbeza apabila ianya menceritakan pasal kekeluargaan iaitu berkisarkan tentang seorang ayah. Drama ini merupakan sebuah drama adaptasi, novel Ayahanda karya Azizi Haji Abdullah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1988.
Drama : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan Disney+ Hotstar
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Penulis Skrip : Wan Mahani dan Maizura Ederis
Penerbit : Fadzil Teh
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida, Sobri Anuar, Rita Nadira dan ramai lagi.
- Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
- Ogy Ahmad Daud sebagai Noriah
- Fikry Ibrahim sebagai Aziz
- Noorkhiriah sebagai Halimah
- Shahz Jaszle sebagai Ramli
- Hairi Safwan sebagai Ahmad
- Sherry Ibrahim sebagai Aishah
- Mimi Ernida sebagai Rahayu
- Sobri Anuar sebagai Mat Diah
- Rita Nadira sebagai Mazni


Sinopsisi Drama Ayahanda
Kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.
Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah, tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti.
Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.
Waktu Siaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Ayahanda yang bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 bermula 10 Julai ini. Anda juga boleh saksikan melalui aplikasi Disney+ Hotstar dengan langganan RM54.90 untuk 3 bulan.